School Holiday :D
Posted on Sunday, 3 June 2012, 00:37, Add comment [0]
Assalamualaikum dan selamat petang semua orang. Hehehe, kenapa aku update blog hari ahad ni? Semua orang pun tau, tak perlu kot aku cakap kan? K, merepek je semua tu. Hihi, actually harini merupakan hari ke-10 cuti sekolah penggal pertama nih tapi baru semalam aku menjejakkan kaki keluar rumah dengan sebab HANYA nak pegi beli kfc --"
Habis tu mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku tak pegi bercuti dengan family? K, sebenarnya family aku KALAU nak pegi jalan-jalan pun mesti akhir-akhir minggu kedua. Sebabnya aku dengan kakak aku ni selalunya ade banyak sangatsangat homework. Jadi kami kena siapkan homework sebelum pegi jalan-jalan.
Dan untuk pengetahuan korang aku tengah struggle nak siapkan folio PJK dan Geografi ni. Erk kejap-kejap, rasanya tak struggle kot sebab tengok sekarang pun boleh update blog lagi? Boleh online Fbook je lagi? Hahahaha, biasalah aku ialah aku forever :p K sekarang nak cerita pasal last day kat sekolah :)
Last day sekolah haritu takde lah best sangat sebenarnya. Perhimpunan pagi tersangatlah lama, ops takdelah lama mane --" Dalam pukul 7.45 habis. Then kitorang pun masuklah kelas masing-masing. Hm hari terakhir sekolah, biasalah baru lepas habis exam jadi tak belajar mane pun. Kitorang belajar berapa subjek je haritu.. Dah lupa, aiseyman --"
Yang bestnya, haritu kitorang balik pukul sepuluh. Biasanya kalau minggu balik kampung, balik pukul 12.40. Tapi harini balik awal sikit sebab ade checking dorm. Huhu, lepas balik dorm tu siap-siap nak gi makan dekat DeMa (Dewan makan). Balik-balik dorm je rupenye cikgu dah check dorm aku. Kak Zac (kakak dorm) kate, cikgu cakap dorm kami comel hihi :>
K actually nak cakap dorm aku comel je. Hihi, okaylah itu sahaja. Aku nak pi sambung buat folio Geografi nih. Folio PJK tinggal separuh jalan je. Hahaha, kbye. Assalamualaikum.
#last day sekolah ada budak dorm aku mengamuk macam setan wo :D

